Pages

Saturday, 26 February 2011

MENUMPANG SEORANG GURU DIRUMAH KERAJAAN

As'salam...

PAS = Pengundi Akan Simpati. Maklum Calon PAS (malas nak sebut nama dia) di Merlimau dikatakan tidak ada pendirian dan menumpang di rumah seorang perempuan yang merupakan seorang guru.


Mereka pulak di katakan tinggal di rumah kediaman milik kerajaan. 

Pengundi kena fikir 80 kali untuk pangkah calon ni sebabnya. Sekarang dia hidup menumpang di rumah perempuan ning. Takut nanti bila dah jadi YB, dia akan tumpang kat rumah pengundi plak.

Lagi satu sekarang ning tak der rumah sendiri. Nanti bila dah menang dia mesti tak der kerja lain melainkan cari jalan untuk dapat rumah sendiri. Ha....bayang ler, boleh buat macam-macam cara. Antaranya menganjurkan banyak ceramah sebab nak tadah tabung derma "JIHAD". JIHAD Untuk buat rumah dia.... Gaji nanti mesti di simpan untuk buat tambah-tambah...bleh rumah besar sket.

 Kuarters Guru - Gambar hiasan

Aku terkejut gak bila dengar dia ni menumpang kat rumah perempuan yang profesion dia sebagai seorang guru ning. Aku pun selidik ler. Lor..... nasib baik perempuan tu isteri dia. Aku ingat siapa tadi....


Tapi..... masih menumpang isteri ?????? MALU!!!!!!

AYAM BERKOKOK BERDERAI, EKOR TERPALIT TAHIK

As'salam
Mendengar angin menderu tiba-tiba burung berterbangan. Bagai kata pada dulang, paku pulak terserpih, bagai kata pada orang, sebenarnya dia yang lebih-lebih.

PAS di Merlimau tidak ada isu. Maka isu calon ditarikan. Walau sebenarnya apa yang ditarikan itu  sumbang. Sumbang Mahram. Apabila mereka mengeluarkan tahik, tahik terkena ekor sendiri.

Isu  kononnya UMNO tiada orang lain  kerana  bapa calon sekarang adalah bekas YB di Merlimau hanyalah suatu cerita untuk menutup kelemahan sendiri.

AKU TUJUKAN KHAS FAKTA DIBAWAH UNTUK MEREKA YANG MUDAH LUPA:

1) Lim Kit Siang (Ahli Parlimen Ipoh Timur/Penasihat DAP) yang merupakan rakan paling disayangi PAS mempunyai seorang anak bernama Lim Guan Eng (Ketua Menteri P.Pinang). Mereka ni anak beranak kan?
.
Seronok mereka berdua....PENANG AMACAM???

 2 Beranak ni tak der masalah pun.......
2) Mr. Singh (Ahli Parlimen Jelutong / Pengerusi DAP) yang pernah kata  "Over My Dead Body" juga mempunyai anak bernama Gobind Singh Deo (Ahli Palimen Puchong). Mereka juga adalah anak beranak.

 Anak Beranak Pemilik PKR Sdn Bhd

3) Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Permatang Pauh/ Penasihat PKR) adalah suami kurniaan tuhan kepada Puan Wan Azizah Wan Ismail ( Presiden Parti Keadilan Rakyat) yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai) - Mereka bertiga mendominasi sebuah parti anak beranak. PKR SDN. BHD.

4) Tuan Guru Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan) juga melantik menantunya untuk menjawat satu jawatan penting dalam perbadanan negeri Kelantan.


Kalau nak dibandingkan dengan Encik Roslan Ahmad yang dicalonkan di Merlimau, ianya bagai satu kes chili terlekat pada gigi. Aku rasa pembangkang benar-benarnya pening nak melawan BN di sini. Apa lagi jika mengelilingi kawasan piliharaya, kita dapat melihat  hampir setiap rumah berkibar bendera BN. Pembangkang dah tak tahu nak masuk jarum. Setiap jarum yang digunakan boleh tercucuk pada badan sendiri. Sakit der.....

Sebab tu aku nak pesan sebelum nak kata pada orang, cerminkan diri sendiri dulu. Kalau dah hidung sendiri penyek, jgn nak kata hidung orang lain kembang.

Rata-rata pengundi merlimau yang ditemui mengatakan isu ini isu cap ayam yang ekornya penuh terpalit tahik.