Pages

Thursday, 3 March 2011

CALON PAS MERLIMAU NAK BUAT FB JUGAK?????


As'salam......

Semalam Calon BN Merlimau Abang Ron telah melancarkan facebook beliau di rumahnya di Jalan Batu Gajah.

Katanya, 'Tujuan berfacebook adalah agar pengundi-pengundi di Merlimau dan rakyat Malaysia dapat dimaklumkan mengenai aktiviti-aktiviti kempen BN dan yang paling utama rakyat di Merlimau dapat dihubungi segera sekiranya mereka mengalami sebarang masalah..."

Kata Abang Ron lagi, "Kalau pemimpin-pemimpin besar seperti Perdana Menteri dan Ketua Menteri yang terlalu sibuk berkhidmat untuk rakyat, masih meluangkan masa untuk berFacebook agar segala rintihan rakyat dapat didengari... inikan pula saya yang kecil!".
 
Jom join abang Ron, klik di sini ------>  Roslan Ahmad

Mesti calon PAS Merlimau pun turut sibuk nak buat facebook kan????  

Wednesday, 2 March 2011

ANWAR DISUMPAH JADI SESUMPAH

as'salam....


Anwar Ibrahim dah  jadi sesumpah. Bukan la ni tapi dah lama dah. Sebab itu bila dia mula-mula jadi Menteri Pelajaran, dia haramkan ko-korukulom TARIAN NAGA, dia hantar guru besar sekolah kebangsaan ke sekolah cina sebab nak tunjuk dialah paling MELAYU dalam barisan pemimpin melayu.






 ANTARA WATAK RAJA LAKONAN


Kini sesumpah  itu semakin menjadi-jadi. Anwar akan jadi lebih ALIM dari alim pemimpin PAS. Dia akan jadi lebih cina bila berada dalam program bersama bangsa cina, dia akan lebih india bila berada dalam program hindraf.

Sebab itu dia boleh mengatakan negara ini bukan melayu yang punya, negara ini cina yang punya, negara ini india yang punya. Dia juga sanggup kata anak india adalah anak dia, anak cina adalah anak dia....(cuma anak shamsidar jer dia tak mo ngaku anak dia)...

KENAPA ANWAR SANGGUP JADI SESUMPAH? HANYA SATU IMPIAN ANWAR, DIA MAHU JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA, DIA PERLUKAN SOKONGAN SEMUA BANGSA. MELAYU, CINA ATAU INDIA, DIA AKAN JADI LEBIH DARI BANGSA ITU. TAPI INGATKAH SAHABT SEMUA DENGAN 16 SEPTEMBER??? CAKAP SESUATU YANG TAK MAMPU DI BUAT.

BEZA ANTARA BN DAN PR 
BN = KITA CAKAP KITA BUAT 
PR = KITA CAKAP KITA LIPAT

NOR"MALA petaka" MENGAMUK DI PENTAS PAS

Normala dan suami tercinta

As'salam,

Ko orang kenal Kak Mala???? ish........Bukan Normala Shamsuddin.... Bukan Normala Omar.....tapi Normala KFC...CALON PAS DI TENANG. Dia dah tak berapa nak tenang sekarang ni..... Dah berapa kali  datang berceramah di PRK Merlimau.... asyik mengamuk jer.... dia tak puas hati sbb tak menang di Tenang.... 

La.... jangan buat andaian cepat sangat der.... dia bukan marah pada suami dia yang ambik MC sampai 14 hari..... kalau dia marah pada suami dia tak kan ler suami dia bleh datang temani dia di sini.

Inilah surat MC yang menyebabkan Kak Mala mengamuk!!!






Dia marah pada blogger..... marah betul dia!!! Menggila marah dia pada blogger.... Dia kata jangan percaya pada blogger. Ish! Kak Mala kalau tak percaya pada blogger, nak percaya padaa suami akak yang ambik MC 14 hari ker???

Kak Mala... jangan mare cam tu....muka akak yang comel tu, dah jadi takut nak tengok dah.....tapi kan kak...tak yah ler naik pentas nak ceramah tu.... RAKYAT TAKUT NANTI CALON PAS MENANG HARI-HARI AMBIK MC..... AL - MAKLUM  MAKNA TERBARU PAS = PAID AND SLEEP!!!

Melalak di Pentas Ceramah bleh ler plak.... suara tu tak aurat ker???

Dulu pemimpin akak kata Qariah Wanita tak bleh masuk Tilawah Al-quran sebab suara wanita ni aurat. Baca Quran tak bleh tapi bila melalak kat pentas sebagai penceramah bleh ler plak... apo punya fatwa.... SONGSANG!!!!!

BN DAH MUHASABAH ...PEMBANGKANG BILA LAGI???

As'salam...

Petang hari ke 5, suasana tenang sahaja di sini. Perang poster nampaknya berat sebelah. PAS mungkin dah bawak semua poster mereka ke tempat lain. Mungkin lawan pun dah tak guna.

Ketika memenangi PRU 11, Barisan Nasioanal mungkin sedikit lupa. Kerana kealpaan itu, 5 buah negeri jatuh ke tangan pembangkang pada PRU 12 2008. Namun pemimpin Barisan cepat menyedari kesilapan itu, Alhamdulillah..... pesan demi pesanan di berikan oleh pemimpin tertinggi BN kepada pemimpin peringkat negeri hingga ke akar umbi.
Pemimpin No 1 Malaysia sanggup duduk di jalan raya bersama rakyat

Gagasan 1 Malaysia , Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Diutamakan cetusan YAB Perdana Menteri dibawa semua lapisan pemimpin dan rakyat. Muhasabah yang telah dilakukan menyedarkan pemimpin bahawa mereka tidak boleh lagi leka. Kini mereka telah berubah, walaupun mungkin ada yang mesih dengan tabiat lama namun rata-rata pemimpin kini telah mula menggerakkan gagsan itu. Alhamdulillah kini rakyat merasai angin perubahan yang di bawa oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Sebagai contoh di negeri Melaka sahaja hampir 23,000 keluarga miskin di bantu.

Apakah keadaan berlaku dalam Pakatan Pembangkang? Pembangkang hanya tahu mencari kesilapan orang lain. Bagaikan lagu Bangau oh bangau, pembangkang akan sentiasa menyalahkan orang lain. Sehingga ahkirnya rakyat telah tahu ular yang menyatakan bahawa katak memang makanan mereka boleh di samakan dengan pembangkang yang sering menipu rakyat dengan janji-janji kosong. Seperti kejadian 16 September, Hudud dan lain-lain lagi. Bagaikan ular lapar yang nak makan katak, begitulah pembangkang yang lapar nak menipu rakyat.
16 September ....suatu igauan PR

Rakyat sudah jemu dengan tipu daya ini. Ini boleh dilihat di kawasan pilihanraya kecil Merlimau sekarang ini, hampir setiap rumah memasang bendera Barisan Nasional. Mungkin ini sebagai tanda protes kepada pembangkang. Semoga pembangkang menyedari kesilapan mereka bila rakyat di Merlimau menterjemahkannya pada hari mengundi 6hb nanti.

Barisan Nasional dah Muhasabah.....Pembangkang bila lagi????
Sebelum berkuasa Hudud perjuangan utama......dah berkuasa hudud dah tak penting

Tuesday, 1 March 2011

PAS SEMAKIN LAYU DI MERLIMAU

As'salam....

Hari ke 4 kempen PRK N27 Merlimau. Tinggal 4 hari lagi waktu berkempen akan ditamatkan. PAS semakin tenat. Markas semakin sunyi.

Semalam kita semua dapat menonton di Berita Perdana TV3, bagaimana calon PAS cuba menarik minat pengundi dengan menghadiahkan sekuntum bunga. Namun ada di antara pengundi menolak untuk menerima bunga tersebut. Sesekali berubah muka calon ini.


Hari ini terbongkar pula Yuhaizad bukan pengundi Merlimau...Parah dah tak boleh diubat. Tinjauan awal sebelum pengumuman calon, rata-rata pengundi Merlimau mahukan anak tempatan. Ini jelas akan menjejaskan undi untuk PAS. Malam tadi, beliau ditolak secara terang-terangan oleh pengundi muda di peti undi chinchin. 

Agak akulah, Yuhaizad sendiri pun dah cukup penat.... kempen di sini dah tak kena, pergi ke sana pun dah tak kena. Dari awal lagi beliau dianggap tidak berwibawa untuk membantu DUN Merlimau. 

 Kuarters Guru....gambar hiasan

Sejak pengundi Merlimau tahu bahawa beliau tinggal di kuarter guru. mereka mula merasakan calon PAS ini adalah manusia yang tidak tahu bersyukur. Bagaimana kelak jika beliau menang . Rakyat bimbang ,undi mereka hanya berguna sewaktu hari mengundi, nanti dah menang dia tak bersyukur dan mungkin menyalahkan pengundi pulak.

Monday, 28 February 2011

Calon BN lebih wibawa dari Calon PAS

     ******************************************************************************** 

Biodata Calon

Nama penuh : Roslan bin Datuk Hj Ahmad 
Alamat : 127-16, Ayer Merbau, Jalan Batu Gajah, Merlimau 77300 Melaka 
Umur : 44 tahun 
Tarikh Lahir : 9 Januari 1967 
Taraf perkahwinan : Berkahwin 
Nama isteri : Zalifah binti Hj. Omar 
Bil. anak : 4 orang ( 3 lelaki dan 1 perempuan )

Pendidikan 

Diploma 
Institusi : Institute Technology Tun Abdul Razak ( ITTAR ) 
Swansea Inst. 
Higher Education ( S.I.H.E ) Wales, United Kingdom 
Bidang Pembelajaran : Diploma Pengajian Perniagaan ( Business Management ) DBM 
Tahun : 1994-1996 
Latar belakang Pekerjaan ( Terkini ) 

PERBADANAN MELAKA HOLDINGS BHS ( PMH ) 
Anak syarikat Milik Penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka ( PKNM ) 
Jawatan terkini : Pengurus 
Bahagian / unit :Bahagian Pembangunan Bisnes & Sosio-Ekonomi

***********************************************************************************

Berdasarkan kepada ketrampilan calon Barisan Nasional ini, dapat dilihat dari segi keyakinan di dalam menguasai pengundi N27 Merlimau ini. Gerak kerja awal yang telah dilakukan sempena menjelang Pilihanraya Kecil ini dilihat banyak membantu calon yang bertanding. Tidak kira siapakah dia yang terlekat namanya sebagai calon tetapi disebabkan adanya gerak kerja tersusun mendekati pengundi keyakinan untuk Barisan Nasional menguasai pengundi itu dapat dilihat dengan nyata dan jelas. Ini diterjemahkan dengan kebanyakan rumah-rumah yang berada di dalam kawasan mengundi N27 Merlimau ini sudah dipacak bendera-bendera parti politik yang bertanding yang member tanda sokongan ahli rumah tersebut kepada parti politik pilihan mereka.




Pada hari ketiga berkempen, calon Barisan Nasional telah selesai melakukan lawatan ke seluruh peti undi dan akan meneruskan gerak kerja melawat seluruh peti undi di dalam DUN Merlimau sehingga hari pengundian. Nampaknya calon Barisan Nasional perlukan stamina yang cukup tinggi kerana tempoh berkempen masih lagi panjang dan diharap dapat menggunakan masa yang ada untuk memperkuatkan pengaruh Barisan Nasional.

Jika dilihat dari segi kewibawaan seorang pemimpin di dalam menentukan calon yang akan menang di dalam pilihanraya kecil ini, calon Barisan Nasional dilihat sangat menonjol berbanding calon PAS. Keikhlasan, kewibawaan, sanggup berpenat lelah demi rakyat dapat dilihat jelas terpancar dari raut wajah bakal Yang Berhormat calon Barisan Nasional.

Berbeza dengan calon PAS, berdasarkan dari siri ucapan bakal Yang Berhormat dari calon PAS ini, dilihat calon PAS ini seperti seorang yang tidak yakin dengan wadah perjuangan sendiri sehinggakan janji-janji pilihanraya pun dibaca berdasarkan sekeping kertas....sebijik macam baca skrip...Nampak sangat tak berapa yakin nak jadi Yang Berhormat nihh...adakah orang sebegini yang hendak pengundi N27 Merlimau sandarkan harapan??

Di mana keikhlasan perjuangan beliau di dalam membantu rakyat jika diri sendiri tidak menampakkan keyakinan di atas janji-janji yang dibuat???

Kepada pengundi-pengundi di N2 Merlimau, bukalah mata dan hati, tilik-tilik dan pandang-pandang apa yang telah kerajaan Barisan Nasional buat untuk rakyat selama ini. Terlalu banyak manfaat dari pembangunan dan kemajuan yang telah dibuat di negeri Melaka. Peluang rezeki kepada penduduk setempat sangat terbuka luas. Ditambah pula dengan ketenangan dan keselesaan hidup rakyatnya yang berbilang bangsa dan agama menjadikan hubungan sesama anggota masyarakat sangat harmoni.

Jika anda mahukan penerusan kelangsungan pembangunan ini, Barisan Nasional adalah jawapannya.

Selamat mengundi dan buatlah pilihan yang terbaik.

Sunday, 27 February 2011

CALON PAS MERLIMAU TAK BERWIBAWA????


As'salam..

Dah banyak kali aku dengar orang bercakap di kedai kopi, calon PAS di Merlimau ni tak berwibawa. Kata mereka, calon ini tak layak sebab menumpang kehidupan sang isteri. Tinggal plak di kuarter guru yang tentu-tentunya milik kerajaan.

Ada plak yang bertanya bagaimana nanti kalau dia ni menang. Mana nak jaga rakyat, mana plak nak cari harta sebab nak buat rumah sendiri. Kalau betul ler, NAYA LER RAKYAT MERLIMAU.
Aku memang susah nak caya apa yang dia orang bualkan. Kena buat edisi siasat lagi ler nampaknya. Tengah minum kat bandar Merlimau, dengar plak berita ada ceramah kat Air Merbau. Calon PAS ni pun akan berada di sana.Apa lagi cabut ler aku.....nak dengar apa yang akan diceramahkan.

Sampai aje, telinga dibenakkan dengan kata penceramah bahawa UMNO dan Melayu itu ada 2 pekara yang berbeza. Katanya UMNO itu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu tapi melayu tu adalah kita semua. Bingung plak aku, jadi orang UMNO sekarang bukan Melayu plak ke?????? Bingai...bingai....

 UMNO dah memang sah-sah MELAYU ISLAM
PAS belum tentu ISLAM wooooooookkkkk!!!


Tak habis-habis!! Dulu UMNO tak ISLAM, Sekarang UMNO tak Melayu plak dah????

Selang 1/2 jam, sampai ler calon pilihan PAS (bkn pilihan RAKYAT), calon yang dikatakan menyebabkan kak Kinta Man hilang dari mata dan pentas ceramah PAS. (Dengar khabar sebab kecewa tak dipilih jadi calon).

Dipendekkan cerita, penceramah memberi peluang kepada calon untuk menyatakan sesuatu kepada yang hadir. Bangun ler calon PAS ni. 

Ketika aku perhatikan calon ni berceramah, aku duk tengok dia ni kejap-kejap pandang ke bawah jer..tapi aku tak nampak plak apa yang ada sebab terlindung dek papan berukir kat depan calon. 
Hampir 5 minit berucap, habis semua janji "Manismu" di buat. Nak jadi Yang Berhormat sepenuh masa ler (maklum ler kalau menang dapat ler pekerjaan tetap). Ish!!! belum dapat ning memang boleh berjanji macam2 tapi nanti bila dah dapat entah2 batang hidung pun tak nampak.

Bila aku tengok, dia ni asyik pandang ke bawah jer aku, ekjas ler sikit kedudukan aku, dari duduk di hadap aku pergi ke kanan calon ni...

LORRRRRR RUPA-RUPANYA CALON NI BACA SKRIP!!!!
Skrip ni entah siapa ler yang buat!!! Agaknya isteri dia kot....cikgu ler katakan....

Tersenyum plak aku, kejadian malam ni seolah-olah mengiakan apa yang orang dalam kedai tadi cakap bahawa CALON PAS TIDAK BERWIBAWA. Nak ceramah pun mesti ada skrip.... Cap AYAM!!! 

KINTAN MAN - SETIAUSAHA DEWAN MUSLIMAT PAS MELAKA HILANG?????

As'salam

Cerita sensasi sebelah petang. Hari ke 2 kempen PRK N.27 Merlimau. Kintan Man, Setiausaha Dewan Muslimat PAS Melaka dikhabarkan menghilangkan diri sejak hari penamaan calon. Di pentas ceramah PAS jugak tak kelihatan. 

Kintan Man merajuk membawa hati yang lara. Kenapa?.....risik ler aku.....

Risik punya risik.... lorrrrrrrrr........ harap bleh jadi macam Kak Normala kat Tenang tak tercapai rupanya. Harap nama naik, leh ler jadi CALON. Akhirnya penyu menangis membawa diri.....

Kak Kintan.... dalam senyuman ada tangisan

PAS dah serik kak, nak letak calon wanita, gamaknye ler....Takut nanti ada plak yang ambik MC 21 hari .....

Sabarlah Kak Kintan ooooiiii.... adios!!!

PAS = KATA DULANG PAKU SERPIH, KATA ORANG DIA LEBIH! Bagai Ayam Berkokok Berderai, Ekor Penuh Terpalit Tahik!!!!




Saturday, 26 February 2011

MENUMPANG SEORANG GURU DIRUMAH KERAJAAN

As'salam...

PAS = Pengundi Akan Simpati. Maklum Calon PAS (malas nak sebut nama dia) di Merlimau dikatakan tidak ada pendirian dan menumpang di rumah seorang perempuan yang merupakan seorang guru.


Mereka pulak di katakan tinggal di rumah kediaman milik kerajaan. 

Pengundi kena fikir 80 kali untuk pangkah calon ni sebabnya. Sekarang dia hidup menumpang di rumah perempuan ning. Takut nanti bila dah jadi YB, dia akan tumpang kat rumah pengundi plak.

Lagi satu sekarang ning tak der rumah sendiri. Nanti bila dah menang dia mesti tak der kerja lain melainkan cari jalan untuk dapat rumah sendiri. Ha....bayang ler, boleh buat macam-macam cara. Antaranya menganjurkan banyak ceramah sebab nak tadah tabung derma "JIHAD". JIHAD Untuk buat rumah dia.... Gaji nanti mesti di simpan untuk buat tambah-tambah...bleh rumah besar sket.

 Kuarters Guru - Gambar hiasan

Aku terkejut gak bila dengar dia ni menumpang kat rumah perempuan yang profesion dia sebagai seorang guru ning. Aku pun selidik ler. Lor..... nasib baik perempuan tu isteri dia. Aku ingat siapa tadi....


Tapi..... masih menumpang isteri ?????? MALU!!!!!!

AYAM BERKOKOK BERDERAI, EKOR TERPALIT TAHIK

As'salam
Mendengar angin menderu tiba-tiba burung berterbangan. Bagai kata pada dulang, paku pulak terserpih, bagai kata pada orang, sebenarnya dia yang lebih-lebih.

PAS di Merlimau tidak ada isu. Maka isu calon ditarikan. Walau sebenarnya apa yang ditarikan itu  sumbang. Sumbang Mahram. Apabila mereka mengeluarkan tahik, tahik terkena ekor sendiri.

Isu  kononnya UMNO tiada orang lain  kerana  bapa calon sekarang adalah bekas YB di Merlimau hanyalah suatu cerita untuk menutup kelemahan sendiri.

AKU TUJUKAN KHAS FAKTA DIBAWAH UNTUK MEREKA YANG MUDAH LUPA:

1) Lim Kit Siang (Ahli Parlimen Ipoh Timur/Penasihat DAP) yang merupakan rakan paling disayangi PAS mempunyai seorang anak bernama Lim Guan Eng (Ketua Menteri P.Pinang). Mereka ni anak beranak kan?
.
Seronok mereka berdua....PENANG AMACAM???

 2 Beranak ni tak der masalah pun.......
2) Mr. Singh (Ahli Parlimen Jelutong / Pengerusi DAP) yang pernah kata  "Over My Dead Body" juga mempunyai anak bernama Gobind Singh Deo (Ahli Palimen Puchong). Mereka juga adalah anak beranak.

 Anak Beranak Pemilik PKR Sdn Bhd

3) Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Permatang Pauh/ Penasihat PKR) adalah suami kurniaan tuhan kepada Puan Wan Azizah Wan Ismail ( Presiden Parti Keadilan Rakyat) yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai) - Mereka bertiga mendominasi sebuah parti anak beranak. PKR SDN. BHD.

4) Tuan Guru Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan) juga melantik menantunya untuk menjawat satu jawatan penting dalam perbadanan negeri Kelantan.


Kalau nak dibandingkan dengan Encik Roslan Ahmad yang dicalonkan di Merlimau, ianya bagai satu kes chili terlekat pada gigi. Aku rasa pembangkang benar-benarnya pening nak melawan BN di sini. Apa lagi jika mengelilingi kawasan piliharaya, kita dapat melihat  hampir setiap rumah berkibar bendera BN. Pembangkang dah tak tahu nak masuk jarum. Setiap jarum yang digunakan boleh tercucuk pada badan sendiri. Sakit der.....

Sebab tu aku nak pesan sebelum nak kata pada orang, cerminkan diri sendiri dulu. Kalau dah hidung sendiri penyek, jgn nak kata hidung orang lain kembang.

Rata-rata pengundi merlimau yang ditemui mengatakan isu ini isu cap ayam yang ekornya penuh terpalit tahik.