Pages

Wednesday 2 March 2011

BN DAH MUHASABAH ...PEMBANGKANG BILA LAGI???

As'salam...

Petang hari ke 5, suasana tenang sahaja di sini. Perang poster nampaknya berat sebelah. PAS mungkin dah bawak semua poster mereka ke tempat lain. Mungkin lawan pun dah tak guna.

Ketika memenangi PRU 11, Barisan Nasioanal mungkin sedikit lupa. Kerana kealpaan itu, 5 buah negeri jatuh ke tangan pembangkang pada PRU 12 2008. Namun pemimpin Barisan cepat menyedari kesilapan itu, Alhamdulillah..... pesan demi pesanan di berikan oleh pemimpin tertinggi BN kepada pemimpin peringkat negeri hingga ke akar umbi.
Pemimpin No 1 Malaysia sanggup duduk di jalan raya bersama rakyat

Gagasan 1 Malaysia , Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Diutamakan cetusan YAB Perdana Menteri dibawa semua lapisan pemimpin dan rakyat. Muhasabah yang telah dilakukan menyedarkan pemimpin bahawa mereka tidak boleh lagi leka. Kini mereka telah berubah, walaupun mungkin ada yang mesih dengan tabiat lama namun rata-rata pemimpin kini telah mula menggerakkan gagsan itu. Alhamdulillah kini rakyat merasai angin perubahan yang di bawa oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Sebagai contoh di negeri Melaka sahaja hampir 23,000 keluarga miskin di bantu.

Apakah keadaan berlaku dalam Pakatan Pembangkang? Pembangkang hanya tahu mencari kesilapan orang lain. Bagaikan lagu Bangau oh bangau, pembangkang akan sentiasa menyalahkan orang lain. Sehingga ahkirnya rakyat telah tahu ular yang menyatakan bahawa katak memang makanan mereka boleh di samakan dengan pembangkang yang sering menipu rakyat dengan janji-janji kosong. Seperti kejadian 16 September, Hudud dan lain-lain lagi. Bagaikan ular lapar yang nak makan katak, begitulah pembangkang yang lapar nak menipu rakyat.
16 September ....suatu igauan PR

Rakyat sudah jemu dengan tipu daya ini. Ini boleh dilihat di kawasan pilihanraya kecil Merlimau sekarang ini, hampir setiap rumah memasang bendera Barisan Nasional. Mungkin ini sebagai tanda protes kepada pembangkang. Semoga pembangkang menyedari kesilapan mereka bila rakyat di Merlimau menterjemahkannya pada hari mengundi 6hb nanti.

Barisan Nasional dah Muhasabah.....Pembangkang bila lagi????
Sebelum berkuasa Hudud perjuangan utama......dah berkuasa hudud dah tak penting

0 comments:

Post a Comment