Biodata Calon
Nama penuh : Roslan bin Datuk Hj Ahmad
Alamat : 127-16, Ayer Merbau, Jalan Batu Gajah, Merlimau 77300 Melaka
Umur : 44 tahun
Tarikh Lahir : 9 Januari 1967
Taraf perkahwinan : Berkahwin
Nama isteri : Zalifah binti Hj. Omar
Bil. anak : 4 orang ( 3 lelaki dan 1 perempuan )
Pendidikan
Diploma
Institusi : Institute Technology Tun Abdul Razak ( ITTAR )
Swansea Inst.
Higher Education ( S.I.H.E ) Wales, United Kingdom
Bidang Pembelajaran : Diploma Pengajian Perniagaan ( Business Management ) DBM
Tahun : 1994-1996
Latar belakang Pekerjaan ( Terkini )
PERBADANAN MELAKA HOLDINGS BHS ( PMH )
Anak syarikat Milik Penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka ( PKNM )
Jawatan terkini : Pengurus
Bahagian / unit :Bahagian Pembangunan Bisnes & Sosio-Ekonomi
***********************************************************************************
Berdasarkan kepada ketrampilan calon Barisan Nasional ini, dapat dilihat dari segi keyakinan di dalam menguasai pengundi N27 Merlimau ini. Gerak kerja awal yang telah dilakukan sempena menjelang Pilihanraya Kecil ini dilihat banyak membantu calon yang bertanding. Tidak kira siapakah dia yang terlekat namanya sebagai calon tetapi disebabkan adanya gerak kerja tersusun mendekati pengundi keyakinan untuk Barisan Nasional menguasai pengundi itu dapat dilihat dengan nyata dan jelas. Ini diterjemahkan dengan kebanyakan rumah-rumah yang berada di dalam kawasan mengundi N27 Merlimau ini sudah dipacak bendera-bendera parti politik yang bertanding yang member tanda sokongan ahli rumah tersebut kepada parti politik pilihan mereka.
Pada hari ketiga berkempen, calon Barisan Nasional telah selesai melakukan lawatan ke seluruh peti undi dan akan meneruskan gerak kerja melawat seluruh peti undi di dalam DUN Merlimau sehingga hari pengundian. Nampaknya calon Barisan Nasional perlukan stamina yang cukup tinggi kerana tempoh berkempen masih lagi panjang dan diharap dapat menggunakan masa yang ada untuk memperkuatkan pengaruh Barisan Nasional.
Jika dilihat dari segi kewibawaan seorang pemimpin di dalam menentukan calon yang akan menang di dalam pilihanraya kecil ini, calon Barisan Nasional dilihat sangat menonjol berbanding calon PAS. Keikhlasan, kewibawaan, sanggup berpenat lelah demi rakyat dapat dilihat jelas terpancar dari raut wajah bakal Yang Berhormat calon Barisan Nasional.
Berbeza dengan calon PAS, berdasarkan dari siri ucapan bakal Yang Berhormat dari calon PAS ini, dilihat calon PAS ini seperti seorang yang tidak yakin dengan wadah perjuangan sendiri sehinggakan janji-janji pilihanraya pun dibaca berdasarkan sekeping kertas....sebijik macam baca skrip...Nampak sangat tak berapa yakin nak jadi Yang Berhormat nihh...adakah orang sebegini yang hendak pengundi N27 Merlimau sandarkan harapan??
Di mana keikhlasan perjuangan beliau di dalam membantu rakyat jika diri sendiri tidak menampakkan keyakinan di atas janji-janji yang dibuat???
Kepada pengundi-pengundi di N2 Merlimau, bukalah mata dan hati, tilik-tilik dan pandang-pandang apa yang telah kerajaan Barisan Nasional buat untuk rakyat selama ini. Terlalu banyak manfaat dari pembangunan dan kemajuan yang telah dibuat di negeri Melaka. Peluang rezeki kepada penduduk setempat sangat terbuka luas. Ditambah pula dengan ketenangan dan keselesaan hidup rakyatnya yang berbilang bangsa dan agama menjadikan hubungan sesama anggota masyarakat sangat harmoni.
Jika anda mahukan penerusan kelangsungan pembangunan ini, Barisan Nasional adalah jawapannya.
Selamat mengundi dan buatlah pilihan yang terbaik.
0 comments:
Post a Comment